Tuesday, November 10, 2009

ReNungan Bersama




























Bingkisan Doa buat Kekasih....



Ya Allah...
Seandainya telah Engkau Catatkan
Dia Milikku, Tercipta Buatku...
Satukanlah hatinya dengan hatiku..
Titipkanlah kebahagiaan antara kami..
Agar kemesraan itu abadi..

Dan ya Allah...ya Tuhanku yang Maha Mengasihi...
Seiringkanlah kami melayari hidup ini...
Ketepian yang sejahtera dan abadi..

Tetapi ya Allah...
SEandainya telah Engkau takdirkan..dia bukan milikku..
Bawalah ia jauh dari pandanganku....LUputkanlah ia dari ingatanku..
Dan peliharalah aku dari kekecewaan..

Serta ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti..
Berikanlah aku kekuatan, Melontar bayangannya jauh ke dada langit..
Hilang bersama senja nan merah..
agarku bisa bahagia..walaupun tanpa bersama dengannya...

Dan ya Allah yang Tercinta,
GAntilah yang telah hilang..
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah..
WAlaupun tidak sama dengan dirinya...

Ya Allah ya Tuhanku.
Pasrahkanlah aku dengan TAkdirmu..
SEsungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan...
Adalah yang terbaik buatku..kerana Engkau maha Mengetahui..
Segala yang terbaik buat hambamu ini..

Ya Allah..
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku..
Di dunia ini mahupun di akhirat..
Dengarlah rintihan dari hambamu yang daif ini..
Jangan Engkau biarkan aku sendirian...
Di dunia ini mahupun di akhirat..
Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran...
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman..
Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina..
Kesejahteraan hidup... Ke jalan yang Engkau redhai....

Luahan Hatiku....

Jodoh, Pertemuan, Ajal & Maut di tangan TUhan.aku mengerti apa yg berlaku ke atas hidup kite ini semuanya ketentuan dr Allah..sebagai ujian dari-Nya untuk menguji sejauh mana keimanan seseorang itu kepada-Nya yang Maha Esa..

Aku menerima semua ujian ini dengan tabah. Aku tahu aku sering kecundang di dalam percintaan..kadang kala aku tidak mengerti mengapa.Apa salahku? Apa dosaku?? Aku sering di kecewakan,dan cintaku tidak pernah dihargai.
Aku telah banyak bertemu dengan org yg salah..Bersyukur kpd Allah yang telah memberi aku petunjuk bahawa aku telah bertemu dgn org yg salah..mereka yg tidak ikhlas denganku..hanya ingin mengambil kesempatan semata-mata.
Kita akan bertemu dgn org yg salah dahulu..barulah kita akn bertemu dgn si dia yg telah ditakdirkan untuk kita.

Aku sedar, aku hanyalah insan biasa. aku tidaklah secantik gadis2 lain yang sememangnya di idam2kan oleh kebanyakan lelaki di luar sana..tetapi aku bersyukur di atas segala apa yang telah Allah berikan kepadaku. Kecantikan, kemewahan yang kita ada ini semuanya adalah dipinjamkan dr Allah semata-mata..tidak ada sesiapa yg sempurna di dunia ini melainkan Allah..nobody's perfect okay! kadangkala aku terkilan apabila aku rase perasaanku di permainkan.
Setelah si dia memberi harapan padaku, akhirnya segalanya putus begitu sahaja..aku serik untuk menghadapi semua ini.
Aku seorang gadis yang lemah. Kerana cinta, sudah terlalu banyak air mataku mengalir. kdangkala bile teringat segala peristiwa lalu, aku sering menitiskan airmata..apa salahku sehingga aku dipermainkan sebegini.. setelah aku berusaha untuk menyayangi si dia..tetapi akhirnya aku sndiri bertepuk sebelah tgn..aku sedih sgt..yela mse mula2 nk kenal aku, mcm2 ayt manis dilemparkan, budi bahasa sumenye mmg baik la..tp rupanya si dia sengaja hendak mempermainkan perasaanku...

Aku sememangnya sudah cukup bersedia untuk mendirikan istana bahagia dsamping org yg aku cintai, aku begitu sygkan anak-anak dan aku sudah bersedia ke arah itu. mungkin belum sampai jodohku agaknya. aku tahu, penantian itu suatu penyeksaan. Aku kini takut untuk mencari cinta lg..kerana takutkan ketemu org yg salah lg.. Aku hanya berdoa pd Allah moga dipertemukan dengan insan yg benar2 ditakdirkan buatku. cukuplah aku sudah menderita selama ini.
aku pernah bercinta, dan 2 kali putus cinta. aku sndiri belum pernah merasai cinta pertama itu. ingin juga aku rasai bagaimana indahnya cinta pertama itu... Kini, aku hanya berserah pd Allah yg Maha Esa. Cintaku pd Allah adalah cinta teragung, kemudian cinta kepada kedua ibu bapaku dan akhir sekali cinta kepada pasanganku.

Setelah apa yang berlaku kini, aku menjadi seorg yg tabah dan cukup berhati2 dalam persahabatan kerana aku tidak mahu pisang berbuah 2 kali. Air mataku sudah tidak mampu untuk menangisi daku kecewa dalam percintaan. Aku tidak ingin mengharap mahupun memberi harapan pada org. Biarlah aku sahaja yg melalui semua ini. Sesungguhnya aku tidak berdendam dgn sesiapa walaupun aku menderita, sedangkan Nabi ampunkan umatnya, bgitu jugala aku..aku tidak pernah sekalipun tidak memaafi ssorang itu, tetapi aku berdoa mereka semua mendapat kebahagiaan yg mereka cari selama ini.

Kini aku pasrah dengan segalanya. Hanya kepada Allah aku memohon kekuatan dan petunjuk-Mu

Sekian, dariku...

Hasil nukilan, Nurhanis Jalaluddin